Selasa, 31 Desember 2013

Lawak Teman Sekatil







"betul yati, buat apelah aku bohong, si farid dah ada teman sekatil mase ko takde kat sini, body dia solid mcm biola, suaranya merdu menusuk hati, aku tak tipu ko, si faizal yg bgtau kat aku." yati terkejut bercampur geram mendengar kata-kata ina, teman serumahnya. sampai hati farid sanggup menduakannya. masih belum cukupkah layanan yang aku berikannya kepadanya.

segalanya telah ku serahkan kepadanya, maksud aku hati aku ni, takkan setelah aku serahkan body baru dia setia padaku. aku lihat diriku pada cermin, apa kurangnya aku ni, muke dah le cute, body jgn ckp le, pernah orang ckp yg aku ni lebih cantik dari nasha a! ziz. tak boleh jadi ni, esok aku mesti pergi ke rumah farid, biar aku ajar pompuan yg tak sedar diri tu.

aku nak lihat secantik mana dia tu, menurut lina, cutting badannya seksi macam biola, habis tu ape kurangnya aku..sampai hati farid sanggup mencari pompuan lain sebagai teman sekatil dia, tu baru seminggu aku tinggalkan dia kerana pergi berkursus, kalo sebulan..
keesokan paginya aku pergi ke rumah farid. dari jauh aku terdengar suara. itu bukan suara farid. memang sah, farid berkongsi ranjang dengan orang lain.

tetiba aku terdengar suara faizal, teman serumah farid." cepatlah farid, buka zip dia, aku tak sabar dah ni, malam tadi ko je yang main, bile plak turn aku, aku dah gian gile sebab dah lama tak main"..

masya-allah. .apa nak jadi dengan pakwe aku sekor ni, siap bertukar2 turn plak ni, kecian betul kat pompuan sekor tu, tak pasal2 jd mangsa kerakusan 2 org lelaki..ni tak boleh jadi, aku mesti pantas bertindak..ape nak jadi, jadilah..

dgn penuh marah aku terus meluru ke dalam bilik. "sampai hati abang menduakan yati, selama! ni yati setia kat abg, ni ke balasan abg terhadap segala pengorbanan yati selama ni"..

" eh... bile yati sampai, kenape tak call abg dulu"

"yati memang sengaja tak nak bgtau abg, yati nak saksikan sendiri kecurangan abg, mana betina tu, biar aku ajar2 pompuan murahan tu"

"ape yg yati merepek ni, mana ada pompuan dlm umah ni, si faizal ada le.."

"abg jgn nak cube tipu yati, ina ada bgtau yati yg abg ada teman sekatil, lgpun td yati dengar perbualan abg dgn faizal tadi, mana abg sorokkan dia?"

"bertenang yati, memang benar abg dah duakan yati, tapi yati harus terima dia jugak, abg benar2 sygkan dia, lgpun dia masih baru"

"yati tak kira, sekarang abg pilih samada yati @ betina jalang tu?"

"ape yang ko merepek ni, takkan dgn gitar baru aku ni pun ko nak cemburu buta?.siap nak berpisah, ko ni dah tak betul ke?"

malu gile aku pagi tu... celaka punye ina, jaga kauuuuu... ... ... ... ... ...

kuang...kuang...kuang


lol! lol! lol!

-sumber-
Selengkapnya...

IGP Polis hanya pantau tak terlibat siasat Suaram



  • Bernama
  • Malaysiakini  Sep 23 2012
Polis Diraja Malaysia tidak terlibat secara langsung dengan siasatan ke atas Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dan Suara Inisiatif Sdn Bhd yang didakwa menerima dana asing bagi menjalankan operasi mereka, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.

Bagaimanapun, polis tetap memantau perkembangan kes itu yang kini di bawah siasatan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, katanya semalam dalam sidang media selepas Majlis Perjumpaan dengan Ahli Rakan COP Peringkat Negeri Selangor di Shah Alam.

Ismail berkata biar pihak berkuasa tertentu menjalankan siasatan dan beliau percaya segala tindakan yang bakal diambil pasti mengikut lunas undang-undang.

Mengenai Rakan COP, Ismail berkata beliau mahu ada peningkatan pada badan yang ditubuhkan pada 2004 itu terutama dari segi kualiti maklumat yang diberikan kepada pasukannya.

Oleh itu, beliau berkata pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan Rakan-rakan COP di seluruh Malaysia dan program-program seperti ceramah motivasi seperti hari ini akan dijadikan pengisian pada pertemuan-pertemuan berkenaan.

Pada hari ini juga, beliau berkata polis menganugerahkan sijil penghargaan kepada lima anggota-anggota rakan COP yang aktif di Selangor, iaitu Tan Chong Hwa, 48; Suriani Norbaya Sanusi, 38; Jeferi Ahmad Fauzee, 39; Zahrullail Abdul Manap, 41; dan Muhammad Affendi Mohamed Fathil, 40, kerana bantuan mereka kepada polis.

Rakan COP kini mempunyai 495,303 ahli di seluruh negara dengan 67,896 ahli dari Selangor.

Ditanya sama ada polis akan memanggil Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham untuk siasatan setelah banyak laporan polis dibuat terhadapnya, beliau berkata pihak polis perlu menilai laporan berkenaan sama ada, ada jenayah berlaku.

"Kalau ada kita siasat, kalau tak ada kita tak siasat," katanya.

Dalam laman twitternya, Ngeh didakwa mempersoal sama ada umat Islam menghabiskan terlalu banyak masa dan tenaga membantah filem The Innocence of Muslims arahan Sam Bacile dari California, yang menghina dan memfitnah Nabi Muhammad hingga mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia.

- Bernama
Selengkapnya...

Senin, 30 Desember 2013

Hadi bidas Dr M isu hudud untuk semua

Malaysiakini

  • Nigel Aw
  •   Nov 18 2012
 
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membidas mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu pelaksanaan hukum hudud meliputi orang bukan Islam.

Abdul Hadi mengulas pandangan Dr Mahathir yang mendakwa perbezaan hukuman terhadap orang Islam dan bukan Islam boleh dilihat ketidakadilan dan bertentangan dengan ajaran Islam.

"Ada beza antara adil untuk semua dan hak untuk semua.

"Ada hak orang bukan Islam, hak dia untuk mengizinkan apa yang ada dalam agama dia," katanya dalam sidang media selepas menyampaikan ucapan penangguhan di Muktamar PAS ke 58 di Kota Bharu.

Beliau yang juga ahli parlimen Marang memberi contoh hukum hudud yang berkait dengan arak.

"Orang minum arak kena hukum, itu hukum hudud. Tapi tak hukum orang bukan Islam, sebab ia dibenarkan dalam agama dia," katanya.

Beliau turut menempelak mantan presiden Umno itu supaya bercakap pasal perubatan. "Dia cakap pasal perubatan sajalah," katanya.

Dr Mahathir dilaporkan meminta PAS perjelas tafsirannya mengenai pelaksanaan hukum hudud.

Beliau dilaporkan berkata pelaksanaannya harus berlandaskan keadilan sepertimana yang terkandung dalam ajaran Islam.

Dr Mahathir juga dilaporkan berkata parti itu seharusnya melaksanakan hukum yang dapat diterima pakai oleh semua golongan termasuk bukan Islam sesuai dengan kedudukan negara ini yang mempunyai penduduk berbilang agama.

[Baca berita penuh]
1. Mahathir mahu PAS perjelas undang-undang hudud
Selengkapnya...

Kami Langsung Tak Cipta Apa Apa Kontroversi


PELAKON dan pengacara, Zizan Nin menjelaskan isu yang timbul gara-gara penangguhan tayangan filem terbaru lakonannya, ‘Tanda Putera’ merupakan tuduhan dan lemparan daripada orang yang belum lagi menyaksikan filem tersebut.

“Filem ‘Tanda Putera’ ini ceritanya berkisarkan sejarah. Apabila sudah ditonton, sebenarnya tak ada apa-apa pun. Cuma isu itu timbul akibat tuduhan dan lemparan yang diberikan oleh orang lain tanpa melihat filem ini terlebih dahulu. Kami barisan pelakon dan tenaga produksi langsung tak cipta apa-apa kontroversi. Saya juga amat bersyukur akhirnya filem ini diluluskan untuk tayangan,” jelas Zizan ketika ditemui di Majlis Tayangan Filem Tanda Putera di The Gardens, Kuala Lumpur.

Mengulas mengenai cabaran yang ditempuhinya sepanjang menjayakan filem ini, Zizan memberitahu yang proses persiapan filem ini agak besar.

“Cabaran memang banyak, apa-apa projek sekalipun ada cabarannya tersendiri. Tetapi ini merupakan projek filem, jadi proses persiapannya agak besar. Kami melalui proses latihan lakonan selama tiga bulan, jadi sepanjang waktu tersebut, saya asingkan diri dari dunia luar. Pihak produksi memberikan latihan yang menakjubkan. Seawal 10 pagi latihan sudah bermula. Kadang-kadang berlarutan sehingga ke jam 2.00 pagi,” cerita hero drama bersiri ‘Ku Milikmu’ ini.

Dalam perkembangan lain, Zizan telah mula menjinakkan diri dengan kerja-kerja di belakang tabir iaitu selaku Penerbit Eksekutif. Zizan telah terlibat dalam pembikinan drama bersiri ‘Fatamorgana’ untuk siaran RTM. Ujar Zizan, minat sebenarnya lebih kepada bidang penulisan. Selain bergiat sebagai Penerbit Eksekutif untuk drama ‘Fatamorgana’, cerita asal drama itu adalah daripada Zizan sendiri. Selepas ini, Zizan ada perancangan untuk menghadiri bengkel penulisan dan sebagainya untuk memperkemaskan lagi kebolehannya.

Zizan juga bakal muncul dalam drama bersiri ‘Opah’ untuk siaran RTM dan drama ‘Strawberi & Karipap’ menerusi siaran Astro Warna. – Gua
Selengkapnya...

Minggu, 29 Desember 2013

Bukan Cuma Opor Kue Lebaran Juga Banyak Kolesterolnya Lho


Jakarta, Dengan kuah dan daging yang berlemak, opor ataupun makan lain yang disajikan saat lebaran sering dikambinghitamkan sebagai sumber kolesterol. Kue lebaran sering terlupakan karena hanya cemilan, padahal kolesterolnya tak kalah banyak.

Bagaimana tidak, aneka kue yang dihidangkan saat lebaran umumnya dibuat dengan tambahan telur sebagai pengembang. Bahkan putihnya kadang tidak digunakan, hanya kuning telurnya saja yang memang dikenal memiliki kandungan kolesterol sangat tinggi.

Prof Dr Hardinsyah, ahli gizi dari Fakultas Ekologi Manusia Istitut Pertanian Bogor (FEMA IPB) mengatakan kandungan kolesterol dalam kue lebaran memang tidak sebanyak gulai atau opor yang berlemak. Namun bukan berarti boleh diabaikan, karena kalau dianggap aman maka ada kecenderungan untuk dimakan berlebihan.

"Sebagai pembanding kami pernah mengamati bawah 1 sayat kue black forest punya kandungan kolesterol 25-30 mg. Kalau misalnya ditambah opor dengan telur, kolesterolnya 80 mg. Ditambah ayam 1 potong, tambah lagi 100 mg. Itu sudah tercukupi kebutuhan kolesterol untuk 1 hari, sekitar 200 mg," kata Prof Hardinsyah saat dihubungi detikHealth, seperti ditulis Senin (20/8/2012).

Adanya kandungan kolesterol yang begitu tinggi bukan berarti bahwa kue lebaran tidak boleh dikonsumsi sama sekali, melainkan hanya perlu dibatasi agar tidak berlebihan. Akan lebih bagus lagi kalau cemilannya dibuat lebih beragam, misalnya dengan ditambahkan buah dan sayuran.

Selain kolesterol, kandungan makanan lainnya dalam hidangan khas lebaran menurut Prof Hardinsyah juga meliputi lemak, garam dan gula. Garam yang terlalu banyak bisa memicu hipertensi atau tekanan darah tinggi, sedangkan gula bisa memicu kekambuhan bagi yang punya diabetes.

Tekstur makanan juga perlu diperhatikan agar tidak mengganggu sistem pencernaan setelah sebulan berpuasa. Makanan yang lembut tentunya lebih dianjurkan sedangkan yang keras-keras seperti dendeng sebaiknya dibatasi dulu karena perut masih beradaptasi.

"Habis puasa sebulan, perut masih butuh waktu untuk adaptasi. Secara budaya kita punya lontong atau ketupat, itu bagus karena teksturnya cukup lembut. Opor dan sayur lodeh juga bagus karena teksturnya lembut di perut," kata Prof Hardinsyah.

Terakhir, Prof Hardinsyah mengingatkan agar citarasa makanan untuk lebaran sebaiknya tidak terlalu pedas. Sama seperti penjelasannya mengenai tekstur makanan, citarasa yang terlalu pedas juga bisa mengagetkan lambung yang masih beradaptasi setelah berpuasa.
source
Selengkapnya...

Ulek Mayang ada unsur mistik

Keratan akhbar Sinar Harian kelmarin.

KUALA TERENGGANU - Tarian Ulek Mayang dan Kuda Kepang dipercayai mengandungi unsur mistik kerana sebelum ini telah banyak berlaku kejadian pelik sama ada terhadap penari atau penonton yang melihat persembahan itu secara dekat.

Timbalan Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Terengganu, Zahari Mat berkata, jika mengikut sejarah, tarian itu mengandungi unsur memanggil atau memuja malah sehingga sekarang masih berlaku kejadian seperti melakukan ritual secara tidak sengaja.

“Sehingga ini, setiap kali membuat persembahan biasa pun unsur ritual itu akan wujud terutama sekiranya persembahan itu diadakan ketika Maghrib atau sebelah petang dan penari menggunakan mayang pinang atau kelapa dalam persembahan itu.

“Ini sebab mayang pinang dan mayang kelapa adalah syarat pemujaan untuk memanggil dan histeria yang dialami penari atau penonton yang berlaku kini turut berlaku zaman dahulu ketika tarian," katanya.

Kata Zahari, jika dilihat pada lirik lagu Ulek Mayang juga ada unsur memanggil atau memuja.

Menurutnya, perkara itu bukan sahaja berlaku sekali dua, malah kebanyakan mereka yang terlibat dalam persembahan nyanyian dan tarian terutamanya ulek mayang berdepan pengalaman yang pelik.

“Saya agak terkejut apabila membaca berita mengenai hampir 50 anggota JPAM mengalami histeria ketika menyaksikan persembahan kuda kepang dan ulek mayang di kawasan perkhemahan dekat Jalan Pantai, Port Dickson baru-baru ini.

“Perkara begini tidak berlaku lagi sekiranya mereka yang terlibat membuat persiapan rapi sebelum persembahan,” katanya.

Zahari berkata, sepatutnya, sebelum membuat persembahan, penari dan penonton perlu mempersiapkan diri dengan pendinding seperti membaca doa selamat meminta dijauhkan daripada gangguan makhluk halus.

“Makhluk halus ada di mana-mana. Kita yang tidak nampak. Terutama di tepi sungai, pantai atau bukit kerana kawasan begitu adalah lokasi permainan mereka.

"Kawasan itu tidak sesuai untuk dibuat persembahan ulek mayang dan kuda kepang. Lainlah sekiranya diadakan di dewan," katanya.

Menurutnya, baru-baru ini pun, mereka di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Terengganu ada mengalami masalah serupa di mana beberapa penari dan penonton pengsan ketika mengadakan persembahan tarian ulik mayang sehingga
persembahan terpaksa dibatalkan.

Bagaimanapun, Zahari berkata, lebih elok mendapatkan nasihat dari mereka yang alim mengenai perkara ini.

“Persembahan kesenian begini tidak boleh dibuat secara suka-suka. Perlu teliti lokasi dan mereka yang terlibat perlu bersiap sedia dari segi mental dan emosi.

"Perlu banyak berdoa dan memohon agar dijauhkan daripada kejadian tidak diingini," katanya. - SinarOnline
Selengkapnya...

Sabtu, 28 Desember 2013

Lagi lelaki mengaku ‘sultan’ Sulu



MANILA - Seorang lagi lelaki mendakwa Sultan Sulu dan wakilnya mendakwa dia pewaris sebenar takhta Sulu.

Wakil Datu Abunasser Sultan Badaruddin D Mohammad Bataraza semalam mendakwa dia adalah Sultan Sulu sebenar daripada keturunan isteri pertama Sultan Sulu Jamalul Alam.

Jamalul Alam didakwa sultan yang menandatangani perjanjian menyerahkan Sabah kepada Syarikat Borneo Utara.

Menurut dokumen yang diserahkan kepada akhbar Philippines Inquirer, wakil Abunasser berusaha untuk mendapatkan Presiden Benigno Aquino mengiktirafnya sebagai Sultan Sulu sebenar sejak 25 Julai 2012.

Mereka juga menulis surat kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon, meminta bantuannya untuk mengiktiraf Abunasser sebagai sultan sebenar.

Bekas koresponden Inquirer, Arturo Sampana yang mendakwa dirinya menjadi jurucakap Abunasser berkata, Sultan Sulu yang sebenar itu bersembunyi, tetapi akan muncul di khalayak ramai dalam masa beberapa hari lagi untuk menuntut takhta yang didakwa milik beliau.

Menurut Sampana, Abunasser adalah anak keempat daripada lima beradik. Ibunya ialah Puteri Aishah Almarhum dan Datu Mohammad Bataraza.

Aishah ialah anak Puteri Sharifah Zainab, atau Puteri Indok, isteri Sultan Sulu Badaruddin II yang ‘memerintah’ dari 1881 hingga 1884.

Menurutnya, Badaruddin II adalah pengganti Sultan Jamalul Alam. Apabila dia mati kerana diracun, keluarganya, termasuk Aishah, bersembunyi.

Menurut Sampana, Jamalul Kiram III, yang mendakwa Sultan Sulu dan pengikutnya yang diburu pasukan keselamatan Malaysia di Sabah, hanyalah keturunan daripada isteri kedua Jamalul Alam. - Philippines Daily Inquirer(metro)
Selengkapnya...

Palestin Sebelum ‘Ditawan’ Israel


Dunia ketika ini digemparkan dengan keganasan serangan udara yang dilakukan oleh tentera Israel ke atas rakyat Palestin.
Setiap hari, semakin banyak jumlah kematian dilaporkan.
Antara yang menjadi mangsa adalah kanak-kanak di mana mereka adalah golongan majoriti yang terbunuh dalam bedilan bom oleh Israel.
Sejak bertahun-tahun dahulu, umat Islam di Palestin tidak pernah berasa tenteram tinggal di negara mereka sendiri.
Terbaru, tentera Israel dalam rancangan untuk melakukan serangan darat pula.
Di sini adalah beberapa keping gambar negara Palestin dalam keadaan yang aman dan tenteram sebelum dijajah oleh Israel.
Lihatlah perbezaannya.
Semoga, kita semua umat Islam sentiasa mendoakan agar nasib umat Islam di Palestin terbela suatu hari nanti. InshaAllah.







Peta Palestin sekarang…

Selengkapnya...

Jumat, 27 Desember 2013

9 Hobi Cowok Yang Jadi Favorit Cewek


Setiap orang pasti memiliki hobi yang sesuai dengan kesenangan dan minat masing-masing individu. Apalagi hobi itu dapat menguntungkan dari sisi profesi, maksudnya bisa menghasilkan uang. Tapi kalian pernah sadar tidak bahwa hobi yang kalian tekuni itu, bukan sekedar menguntungkan dari segi uang saja, ternyata bisa mendapat perhatian lebih dari kaum hawa (cewek). 

Nah, disini saya akan menyampaikan beberapa hobi cowok yang banyak digemari cewek, menurut hasil pengamatan, penasaran apa saja hobi-hobi tersebut : 

1. Pemain Basket

Untuk hobi yang pertama ini, mungkin kalian tidak asing lagi di telinga kalian. Sebab beberapa fakta membuktikan, setiap menyaksikan tim basket sekolah atau kampusnya bertanding, pasti lebih banyak cewek yang menonton.
Usut demi usut rupanya mereka tidak sekedar mendukung skuad timnya bertanding, melainkan lebih mengidolakan beberapa pemain dari dalam dan luar timnya yang terbilang keren dan cowok banget gitu. Hal ini, saya temukan pada saat ada kompetisi DBL( Development Basket League) di Samarinda.

2. Pemain Sepak Bola

Meskipun sepak bola merupakan olahraga yang sangat identik dengan para cowok. Namun entah kenapa para cewek saat ini senang banget sama hobi cowok yang satu ini. Seperti yang terjadi pada saat Indonesia berada di kompetisi AFF dan melihat skuad muda timnas yang baru, yaitu Irfan Bachdim.
Beberapa fakta cewek menegaskan, bahwa mereka sangat kagum dengan wajah tampannya, ditambah lagi permainannya yang sangat bagus untuk timnas Indonesia.

3. Anak Band

Banyak fakta yang membuktikan bahwa cewek sangat menyukai anak band. Karena, menurut saya anak band itu adalah salah satu hobi yang bisa dibilang sangat populer dan mudah terkenal. Dari hal itulah wanita banyak mencari ketenaran itu sendiri. Namun, ada juga wanita yang benar-benar menyukai permainan musik tersebut. berikut adalah urutan ketenaran dari anak band yang disukai kebanyakan cewek :
  • vokalis  
  • gitaris
  • drummer 
  • keyboard 
  • bassist
 
 4. Fotografer
fotografer adalah hobi yang sangat disukai cewek. Fakta ini banyak saya temukan di berbagai penjuru di Indonesia. Usut demi usut, ternyata dia lebih mem
ilih menyukai seorang fotografer karena bisa dijadikan modelnya secara gratis! Waduuhh !

5. Anak Skate

Anak skate adalah salah satu hobi yang sedang masanya. Alasan yang membuat cewek betapa menyukai hobi cowok jenis ini adalah mereka(cewek) berpikir jika sampai menjadi seorang pacar, otomatis popularitasan seorang cewek tersebut akan terangkat. Apalagi dia(cowok) seorang pe-skater terkenal.

6. Break Dance

Untuk hobi yang ini, saya tidak perlu mejelaskan secara panjang lebar. Sebab kalian semua pasti tau mengapa cewek sangat menyukainya. Pertama, karena style-nya yang terbilang keren, Hip-Hop gitu. Kedua, karena takjub dengan pertunjukkan break dance nya. Ketiga, karena dia benar-benar jago dan sangat populer.

7. Anak Modifikasi Mobil

Nah, untuk hobi yang ini, banyak sekali di cari oleh cewek. Apalagi kalau cewek sudah dengar kata ‘club mobil’, biasanya langsung senyum-senyum gak jelas..waspada!!
sebagai ilustrasi, kalian pernah nonton film 2fast 2fourious 1 ampe 5 kan, apa yang kalian liat kalau mereka sedang ngumpul?? Disimpulkan sendiri ! hehe.

8. DJ (Disc Jokey)

kenapa DJ termasuk? karena DJ itu adalah seseorang yang identik dengan musik disko. Menurut penelitian musik disko bila diiringi dengan dancer bisa membuat cewek bergairah.

9. Fitnes (GYM)

Memang ga semua cewek yang suka dengan cowok kekar, hanya cewek yang berselera tinggi dan yang suka dengan sexy. Kenapa cewek suka cowok fitnes, karena cowok yang fitness itu lebih terlihat maskulin dan jantan, dapat membuat si cewek merasa aman dan nyaman. Cewek juga menganggap cowok fitnes itu mandiri, sehat dan agresif.
 
 
sumber
Selengkapnya...

Selepas bercerai baru dituduh ketiak busuk

Harakahdaily, 04 Dis 2012
KUALA LUMPUR: Tidak ada apa-apa silap bila bersama tetapi apabila ditinggalkan, mulalah keluar pelbagai keburukan.

"Masa kahwin ok je tetapi bila bercerai macam-maca keburukan dikatakan kepada yang menceraikan dia.

"Ketiak busuklah, kuat tidurlah...macam-macam lagi."

Itulah yang berlaku kepada Datuk Seri Abdul Rahman Maidin yang mengumumkan penyertaannya ke dalam PAS baru-baru ini.

Ketua Pemuda MCA, Datuk Wee Ka Siong menyifatkan Rahman sebagai "Orang yang paling racist" pernah beliau temui.

Namun ia hanya dinyatakan selepas Rahman meninggalkan Umno, rakan MCA, dan menyertai PAS.

Ekoran penyataan Timbalan Menteri Pendidikan itu, pelbagai pihak yang membaca berita itu memberikan pelbagai komen mereka.

Seorang pembaca Malaysiakini yang menggunakan nama Ancora bertanya, "Kenapa sekarang awak baru bercakap, selepas kapal telah meninggalkan pelabuhan."

Justice Pao pula menulis, "Wee Ka Siong, bagaimana dengan Ibrahim Ali dan Perkasa yang secara terbuka disokong oleh Umno.

"Adakah MCA akan menyalak Umno?" soal beliau.
Selengkapnya...

Kamis, 26 Desember 2013

Wang tertua di dunia

Inilah wang tertua di dunia, yang dipercaya pertama kali digunakan di Szechwan, China pada tahun 1024.

Wang pertama di dunia

Kisah penggunaan wang kertas ini semula bermula dari kisah Marcelino, seorang petualang Eropah, yang sempat tinggal 20 tahun di China dan kemudian mengisahkan khabar itu ke masyarakatnya. Konon, wang ini dibuat dari pohon mulbery yang kualitinya kala itu belum begitu bagus
sumber
Selengkapnya...

Alien Berasal Dari Gambar Di Dinding Gua

Seorang arkeolog bernama Chi Pu Tei menemukan bentuk gambar aneh di sebuah kuburan yang terhampar di pegunungan Baian Kara Ula, deket Sino di wilayah perbatasan Tibet. Dalam gambar itu terlihat bentuk mirip manusia yang mengenakan helm yang di sekitarnya tergambar bintang, matahari, dan bulan.

Temuan Chi Pu di tahun 1938 ini menjadi pembicaraan para arkeolog saat itu. Temuan ini kemudian dikaitkan dengan penemuan jejak benda mirip piring di sekitar kuburan yang kemudian dianalisis oleh Profesor Tsum Um Nui. Hasilnya mengungkapkan bahwa jejak itu merupakan bekas tumbukan benda luar angkasa sekitar 12 ribu tahun sebelumnya.

Kisah makhluk asing luar angkasa ini memang sudah berkembang sejak ribuan tahun sebelum masehi. Naskah tiga kuno Hindhu, Bhagavata-Purana, Mahabharata, dan Ramayana, menyebutkan soal alien ini. Naskah yang dibuat sekitar 3.000 tahun sebelum masehi itu sudah menyebut adanya meskin terbang bernama Vinamas. Benda ini dipercaya tidak hanya terbang ke langit, tapi juga ke bintang-bintang.

Di kalangan suku Indian Maya, kepercayaan soal makhluk alien ini juga tumbuh. Mereka memiliki kitab suci bernama Popol Vuh. Di situ disebutkan beberapa tuhan suku Indian Maya, Hunahphu, Xbalanquem dan Quetzalcoatl akan kembali ke bintang setelah bumi ini berakhir.

 Bangsa lain yang juga menghadirkan wacana alien dalam kehidupannya adalah bangsa Babilonia. Dari naskah yang tertulis di greenzilla.tripod.com terungkap adanya naskah kuno Babilonia yang menyebutkan bahw kehidupan manusia terpengaruh oleh kedatangan makhluk asing dari angkasa luar dalam sistem tata surya.

Bangsa Sumeria menyebut planet asal muasal makhluk asing ini dengan sebutan Nibiru. Sedangkan bangsa Babilonia menyebutnya planet Marduk.  Tahun 1983, harian the Washington Post mencoba menginterpretasikan planet ini sebesar Yupiter dan dekat dengan bumi. Bisa jadi, tulis the Washington Post, planet ini masuk dalam sistem tata surya Bima Sakti. Konon, planet ini sempat terdeteksi oleh teleskop bernama Infrared Astronomical Observatory.

Perkembangan cerita soal Alien ini pun terus berkembang melintas abad. Sejak 13 Agustus 1947, cerita soal Alien juga merebak di kalangan warga Amerika. Enam orang warga Amerika mengaku menemukan objek logam membara di gurun New Mexico. Menurut mereka, di dalam objek itu terdapat beberapa makhluk asing yang terluka, tapi tetap hidup.

Dari sini kemudian muncul kisah-kisah lain yang mengungkap kesaksian adanya makhluk asing yang berkunjung ke bumi. Sampai-sampai di tahun 1979, untuk pertama kalinya perbincangan soal ini diangkat ke layar lebar sebagai film bioskop berjudul Alien. Berbegai riset pun terus dijalankan para ahli untuk membuktikan secara ilmiah keberadaan Alien. Debat para ahli agama pun terus berlangsung untuk mengungkap makhluk yang satu ini.
Selengkapnya...

Rabu, 25 Desember 2013

Bayi tanpa tempurung kepala



KEADAAN bayi perempuan yang lahir tanpa tempurung kepala di Hospital Medan, Sumatera Utara.

MEDAN, Indonesia - Seorang bayi perempuan anak Rudi Kusmawanti, 27 dan isterinya yang berusia 17 tahun, Sari Rianti lahir tanpa tempurung kepala, lapor akhbar Sumut Pos.
Bayi tersebut yang dilahirkan pada Khamis lalu di sebuah klinik di Serdang dekat sini dibawa ke hospital besar di sini untuk menerima rawatan lanjut.
"Saya diberitahu tentang keadaan anak saya daripada bidan. Saya sangat terkejut," kata Sari.
Namun, katanya, di sebalik keganjilan itu bayinya yang seberat 2.1 kilogram berada dalam keadaan baik.
Menurutnya, dia tidak menyangka bayinya akan lahir dengan kekurangan tersebut kerana semasa hamil, dia banyak minum susu dan kerap mengambil jamu untuk menjaga kesihatannya.
Mengulas mengenai keadaan bayi yang masih belum diberi nama itu, ketua hospital besar berkenaan, Dr. Masdulhaq berkata, tiada pembedahan akan dilakukan terhadapnya.
"Biasanya, bagi kes seperti ini, kami hanya akan melakukan rawatan sahaja," kata Masdulhaq. - Agensi
Selengkapnya...

Bekas Setiausaha DUN Perak sertai majlis PAS

Muhammad Faeez, 08 Jul 2012
 
IPOH: Ketika berkhidmat, beliau adalah antara yang dilihat menjadi alat Barisan Nasional untuk merampas kerajaan negeri Perak.

Namun, semalam Bekas Setiausaha Dewan Undangan Negeri Perak, Abdullah Antong Sabri yang dilanda kontroversi semasa insiden rampasan kuasa di Perak bersama-sama dengan PAS.

Beliau dilihat ketika program Hi-tea bersama Ikon Ahli Baru PAS yang dianjurkan oleh Lajnah Penerangan PAS Negeri, semalam.

Kehadirannya memeranjatkan hadirin terutama Adun-Adun PAS yang hadir ke program tersebut.

Mantan Menteri Besar, Datuk Seri Nizar Jamaluddin turut melahirkan rasa kegembiraan dengan kehadirannya.

Tetamu istimewa dalam program tersebut ialah Timbalan Presiden PAS, Haji Mohammad Sabu, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Abdul Wahid Endut dan pimpinan PAS Negeri.

Hadir sama ialah bekas-bekas pegawai tinggi kerajaan  seperti Bekas Pengarah Pelajaran Negeri, Datuk Adnan Ibrahim, Bekas OCPD Slim River, Haji Abdullah Omar, Bekas pegawai tinggi TLDM Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abd Hamid, bekas Ketua Jemaah Nazir Kementerian Pelajaran Malaysia, Tuan Haji Ahmad Zabidi Shamsuddin dan ramai lagi.

Pelakon yang terkenal dengan watak Lefternan Adnan, Hairie Othman bersama Leman Raja Lawak turut memeriahkan majlis.

Abdullah Antong yang diberi peluang untuk berucap berkata, kehadirannya ke program tersebut untuk menzahirkan sokongannya terhadap PAS dan Pakatan Rakyat.


Pakatan terbaik


(Bergambar kenangan selepas majlis)
Menurutnya, Pakatan Rakyat sangat berbeza dan jauh lebih baik daripada BN yang semakin tidak releven.

“Ianya telah dibuktikan di zaman pemerintahan Pakatan Rakyat yang sempat memerintah selama 11 bulan.

“Saya masih merasakan roh pemerintahan Pakatan Rakyat di Perak,” ujarnya.

Abdullah menjelaskan, rakyat Perak sepatutnya dapat merasai kenikmatan dan kelebihan pemerintahan Pakatan Rakyat namun ianya tidak menjadi kenyataan apabila berlakunya tragedi rampasan kuasa oleh BN.

Katanya, beliau telah ditukarkan jawatan menjadi Ketua Penolong Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perak selepas tidak ‘mesra’ BN sebelum beliau mengambil keputusan bersara diusia 56 tahun.

Nama beliau menjadi  sebutan orang ramai ketika berlakunya krisis DUN Perak apabila rakyat dan Adun Pakatan Rakyat mempertikaikan beberapa tindakan beliau seperti memanggil sidang DUN tanpa pengetahuan Speaker DUN yang Sah ketika itu, V Sivakumar.

“Saya menjalankan tugas dan mendapat arahan, saya terpaksa lakukan semua itu,” jelasnya lagi.

Mengulas lanjut, beliau berkemungkinan akan menyerahkan borang permohonan borang keahlian PAS tidak lama lagi.

ABU: Sebahagian sahabat dan rakan rapat amat mengenali siapa bekas Su DUN ini . Kasihan beliau, menjadi cacian dan makian rakan-rakan Pakatan dan beberapa blogger Pakatan yang kononnya "bagus" sangat sehingga menyuruh bekas Su DUN ini "bertaubat" sewaktu kemelut yang melanda DUN Perak satu ketika dulu."Ditelan mati emak Diluah mati bapa" saya kira begitulah situasi beliau ketika itu. 
Selengkapnya...

Selasa, 24 Desember 2013

Tren Sarung Gigi Berlian yang Bikin Bau Mulut

  07 Oktober 2013
 
Foto: thegloss.com
Gambar di atas memang tampak aneh, tapi inilah tren yang sedang digilai ramai selebritis Hollywood. Mulai dari Miley Cyrus, Madonna, Beyonce, Katy Perry, Rihanna hingga . Padahal, benda berkilauan ini boleh menyebabkan kerosakan gigi dan bau mulut.

Benda yang mirip sarung penutup gigi ini bernama The Grillz. Sebenarnya benda ini sangat tidak selesa dipakai dan harganya sangat mahal. Namun yang aneh, ramai selebritis memakainya. Madonna dan Rihanna tampak memiliki kilau emas di bahagian gigi, sedangkan Beyonce dan Justin Bieber lebih memilih The Grillz polos silver tanpa taburan berlian. Kadang The Grillz berbentuk taring.

Beyonce, Miley Cyrus dan Madonna | Foto: Dailymail.co.uk 
Beyonce, Miley Cyrus dan Madonna | Foto: Dailymail.co.uk
The Grillz dipopularkan oleh para rapper dan merambah ke selebritis lain. Harga benda ini sangat mahal, lihat saja warnanya yang berkilau, ditambah lagi taburan berlian-berlian ukuran kecil di permukaannya. Harga The Grillz bermacam-macam, yang paling murah bentuknya polos, sekitar Rp 1,2 juta. Ada juga yang harganya Rp 99 juta, wow..
Berbagai jenis The Grillz | Foto: thegloss 
Berbagai jenis The Grillz | Foto: thegloss
Memakai The Grillz bukanlah hal yang menyenangkan, dan kadang membuat gigi tampak kotor. Yang pasti, pemakainya jadi susah makan dan memiliki risiko memiliki nafas yang bau kerana tumpukan bakteria di The Grillz. Bahkan benda ini juga berpotensi merosak gigi.
Tertarik memakai The Grillz, ladies?
 Vemale.com
Selengkapnya...

AMUK Muhdalina jalani pemeriksaan mental

sinar harian
Wartawan Sinar Harian
var dateEG = "July 15, 2012" var tarikhBM = tukarTarikh(dateEG); document.write(tarikhBM); 15 Julai 2012
Amuk di  JPM
Amuk di JPM
KUALA LUMPUR - Polis mengesahkan Muhdalina Ahmad, 28, wanita yang terlibat dalam kes amuk di kompleks Jabatan Perdana Menteri (JPM), Putrajaya, Isnin lalu, akan menjalani pemeriksaan mental dalam tempoh terdekat.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, wanita berkenaan masih menjalani rawatan di Hospital Putrajaya.

“Pihak hospital masih belum memaklumkan kepada saya, sama ada Muhdalina sudah menjalani pemeriksaan mental. Namun polis telah mengambil keterangannya untuk siasatan lanjut,” katanya.

Menurutnya, pihaknya masih meneruskan siasatan untuk mengenal pasti penglibatan Muhdalina serta punca dia terpengaruh untuk melakukan tindakan itu.

Dalam kejadian jam 2.30 petang Isnin lalu, seorang lelaki dan wanita mengamuk di pekarangan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya.

Khalil Afandi Hamid, 47, yang mendakwa dirinya Imam Mahadi mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya selepas terkena tembakan di tangan dan bahagian ari-ari, manakala Muhdalina turut terkena tembakan di paha kanan.

Selengkapnya...

Saiful Apek dedah tembelang David Teo tak bayar payment arwah Bob Kuman


Kisah arwah Bob Kuman pulang ke Rahmatullah tidak hilang sedihnye lagi. Timbul cerite baru apabila Saiful Apek, rakan artis yang rapat kepada arwah telah mendedahkan tembelang David Teo di laman sesawang Facebook miliknye. Saiful Apek meluahkan perasaan tidak puas hati apabila menyatakan bahawa David Teo tidak membayar payment buat arwah Bob. Saiful menerangkan bahawa itu adalah amanah oleh arwah supaya disampaikan kepada umum mengenai tuntutan paymentnya sebagai punce rezeki buat isteri dan anak-anaknya. Lagi gambar kemarahan Saiful Apek...



Selengkapnya...

Senin, 23 Desember 2013

Lelaki curi 5000 pasang kasut cuma nak bau sahaja


tweetmeme_style = "compact"; src="http://tweetmeme.com/i/scripts/button.js" type
NAGOYA - Seorang lelaki yang dipercayai mencuri  5,000 pasang kasut untuk menikmati bau  telah ditangkap, kata polis pada Rabu.

"Saya menikmati bau mereka," Masashi Kamata, 28, seorang penduduk Moriyama-ku, Nagoya, seperti dikutip penyiasat. "Kasut Indoor untuk sekolah merangsang seksual saya. Aku tidak boleh membuang kasut setelah  diperoleh. "

Ketika dia ditangkap, Kamata mencuri dua pasang kasut dari seorang gadis yang sedang keringkan di lokasi rumahnya di Owariasahi, Aichi, pada bulan September tahun lalu.

Polis setempat menyita sekitar 5,000 pasang kasut sekolah dalam ruangan untuk anak perempuan dan anak laki-laki dari sebuah gudang yang telah disewa di Moriyama-ku pada hari Rabu.

Polii telah menerima banyak keluhan bahawa kasut telah dicuri di Moriyama-ku dan sekitarnya.

Penyiasat menduga bahawa Kamata mencuri kasut dari almari kasut di sekolah dan rumah-rumah

Sumber: http://www.weirdasianews.com

sumber
Selengkapnya...

Minggu, 22 Desember 2013

Alasan Kita Perlu Memakai Bantal Saat Tidur


Salah satu alasan utama kita menggunakan bantal ada hubungannya dengan hubungan yang rumit antara kepala, leher, dan tulang punggung. Ketika seseorang berjalan tegak pada siang hari, kepala dan leher yang berada di jajaran vertikal di atas tulang belakang dengan pengaturan yang kompleks otot dan tendon. Namun, Selama tidur, banyak dari otot-otot ini yang santai, menyebabkan kepala jatuh ke belakang atau ke depan. Ini menempatkan tambahan tekanan pada otot leher dan tulang belakang, yang pada gilirannya memicu kekakuan pada otot punggung dan tulang belakang.

Solusi untuk situasi menyakitkan ini adalah untuk mengangkat kepala dan leher sampai mereka kembali sesuai dengan tulang belakang, terlepas dari posisi tidur. Cara termudah untuk mencapai keselarasan didukung ini adalah dengan menggunakan bantal hingga sudut yang tepat akan tercapai. Ketika kepala, leher, dan tulang punggung kembali selaras, seseorang harus dapat bernapas lebih mudah dan telah meningkatkan sirkulasi.

Ada beberapa bentuk bantal yang berbeda, semuanya dirancang untuk mengatasi masalah penyelarasan yang berbeda. Sebuah bantal ortopedi yang kebanyakan untuk tidur di malam hari digunakan untuk menjaga agar kepala, tulang belakang, dan lutut didukung dalam posisi tidur yang nyaman. Beberapa orang menggunakan bantal di antara lutut atau paha mereka untuk memberikan dukungan bagi punggung bagian bawah dan pinggul. Sebuah bantal lumbal juga dapat mengisi kesenjangan antara punggung bawah dan kursi atau kasur.


Secara historis, bantal kain pertama dinikmati hampir secara eksklusif oleh keluarga kerajaan dan warga negara kaya lainnya. Warga kelas bawah dan petani mungkin memiliki dasar gaya bantal dari jerami, tetapi kemungkinan besar mereka menggunakan senjata mereka sendiri untuk memberikan dukungan sementara mereka tidur. Meluasnya penggunaan bantal itu tidak mungkin sampai Revolusi Industri membuat produksi grosir kain realitas yang terjangkau.

Budaya kuno tertentu tidak menggunakan bantal terbuat dari kain lembut dan isinya, namun. Bantal sering diukir dari blok keras batu atau kayu, yang tidak tidur menjaga kepala dan tulang belakang sejajar tapi kenyamanan tidak bisa mengklaim sebagai salah satu keuntungan. Syukurlah, di jaman modern ini tersedia bantal empuk dengan busa karet, busa memori terapeutik, atau soba hulls. Triknya adalah untuk menemukan jumlah yang tepat untuk mencapai kesejajaran yang ideal untuk tidur malam nyaman.

sumber: http://bos-sulap.blogspot.com/2010/01/alasan-kita-perlu-memakai-bantal-saat.html

Selengkapnya...

Lelaki Sembelih Dan Hirup Darah Anak Sendiri Depan Mertua Di Lahad Datu



Lahad Datu – “Tergamak menantu saya menyembelih anak sendiri sebelum menghirup darah yang memancut dari leher. Ini semua kerja syaitan,” kata Imam Nasir, 58, apabila melihat cucu lelaki kesayangannya berusia tujuh tahun disembelih bapa kandung di depan matanya dalam kejadian ngeri di Kampung Epil, Jalan Kastam Baru, kelmarin.

Dalam kejadian jam 9.20 malam, mangsa, Haikal Salimar menggelupur kesakitan sebelum meninggal dunia akibat kecederaan parah di leher.

Lebih mengerikan lagi, bapa mangsa, Salimar Hamad, 35, seolah-olah tidak menghiraukan keadaan anak bongsunya yang berlumuran darah, sebaliknya bertindak menghirup darah yang membuak keluar dari leher kanak-kanak malang itu.

Sambil meluahkan perasaan marah, Imam berkata, menantunya itu bertindak seperti haiwan.

“Saya terkejut dengan tindakannya dan ahli keluarga lain berusaha menahan perbuatan itu tetapi gagal. – Harian Metro

Selengkapnya...

Sabtu, 21 Desember 2013

Ikan Pelik Bergigi Kapak Seperti Manusia!

Ikan Pelik Bergigi Kapak Seperti Manusia! (1)


Ikan yang ditangkap seorang nelayan telah menemukan seekor spesis yang sungguh luar biasa di mata normal kita. Masakan tidak ikan tersebut mempunyai fizikal gigi seakan-akan menyerupai manusia biasa.
Pada pandangan pertama admin tengok gambar ikan ini pun dah hampir nak tergelak.
Ikan pelik ini bukan calang-calang ni, kalau warga emas yang dah tak ada gigi kalau makan ikan pelik ni boleh tumbuh gigi ni, haha, just joking, tapi cool la gigi ikan aneh ni. Korang fikir la sendiri ya. Mari kita lihat gambar pelik ikan bergigi yang ditangkap nelayan ni. Jom!
Ikan Pelik Bergigi Kapak Seperti Manusia! (2)
Selengkapnya...

Marah Sampai Sabotaj Wikipedia K Rajagopal


Nampaknya, harapan Malaysia untuk mara ke pusingan akhir Piala Asia 2015 sudah jelas ranap sama sekali bersama kekalahan pasukan negara kepada Qatar 0 – 1 di Stadium Shah Alam, malam Selasa lalu.

Sebilangan peminat bola tempatan atau Ultras Malaysia yang terlalu kecewa menyalahkan jurulatih, Datuk K Ragagopal sebagai punca.

Bagi mereka K Rajagopal telah gagal membuat pemilihan pemain yang terbaik bagi beraksi mewakili negara sekaligus menyumbang kepada kekalahan tersebut. Peminat bola yang bengang turut menuntut agar dia meletak jawatan secepat mungkin.

Tidak cukup dengan itu, laman Wikipedia yang mengulas tentang K Rajagopal turut diubah selepas kekalahan negara tempoh hari. Kesemua keterangan mengenai jurulatih  itu masih betul cuma pada bahagian Career tertera:

His motto is “Menang Tak Penting” which directly translates to “Winning Is Not Important”. It is widely believed that the current first team captain of the Malaysian National football team, Mohd Safiq Rahim and the striker Mohd Safee Salee are the sons of Rajagobal. (Motto Rajagopal adalah “menang tak penting”. Ramai meyakini bahawa kapten pasukan bolasepak kebangsaan, Safiq Rahim dan penyerang Safee Salee adalah anak Rajagopal).

Bagaimanapun, kami mendapati laman Wikipedia tentang K Rajagopal kini sudah seperti sediakala.

Apa pun, bawa bersabar tuan-tuan.

Pertama, kontrak Rajagopal bakal berakhir tak lama lagi iaitu 31 Disember depan.

Kedua, walau bagaimana pun sakit hati dirasakan janganlah kita melupakan pula jasa-jasanya sebelum ini termasuk membantu pasukan Malaysia mendapatkan kembali pingat emas selepas kemarau 20 tahun di Sukan Asia Tenggara 2009 di Vientiane, Laos. – REM RAMZI


Selengkapnya...

Jumat, 20 Desember 2013

10 Negara Dengan Penduduk Terpadat Di Dunia

1. Monaco

Monako adalah Negara yang paling padat penduduknya dan merupakan negara merdeka terkecil ke dua di dunia,dengan jumlah penduduk hanya 32.410 dan luas 1,96 kilometer persegi (485 hektar).Monaco merupakan negara terkecil di dunia berbahasa prancis.

2. Singapura


Singapura merupakan negara kepulauan yang dihuni terletak di ujung selatan Semenanjung Melayu.Populer untuk tujuan pariwisata dan bisnis, Singapura juga merupakan salah satu negara terkaya di dunia karena sangat mengembangkan ekonomi. Singapura telah dinilai sebagai yang paling ramah-usaha perekonomian di dunia, dengan ribuan ekspatriat asing yang bekerja di perusahaan multi-nasional.IbuKota-negara juga mempekerjakan puluhan ribu asing Collared-pekerja dari seluruh dunia. Dengan total kepadatan penduduk lebih dari 6.300 orang per kilometer persegi.

3. Vatican City


Merupakan Daratan dalam kota Roma Italia dengan sekitar 44 hektar (108,7 hektar), Kota Vatikan adalah negara merdeka terkecil di dunia. Sebagai pusat agama Katolik, di kota-negara kecil ini hanya menampung sekitar 821 warga, namun karena kawasan yang kecil.

4. Maladewa


Maladewa merupakan negara kepulauan yang terdiri dari sekelompok atolls terletak di Samudra Hindia. Maladewa mempunyai dua puluh enam atolls meliputi wilayah menampilkan 1192 islets, kira-kira dua ratus yang dihuni oleh masyarakat lokal. Menurut sensus 2006, ada 298.842 penduduk yang tinggal di kawasan total hanya 298 kilometer persegi.

5. Bahrain


Bahrain merupakan batas wilayah negara pulau di Teluk Persia dan terkecil di bangsa Arab. Bahrain memiliki pertumbuhan ekonomi tercepat di wilayah Arab,menjadi kelebihan penduduk akibat imigrasi dan pekerja tamu dari seluruh dunia. Ada sekitar 987 orang per kilometer persegi di pulau kecil ini.

6. Bangladesh


Bangladesh adalah negara kecil yang terletak di Asia Selatan hampir dikelilingi oleh India. Bangladesh merupakan salah satu yang paling tinggi dan padat penduduk negara-negara di dunia. Dengan wilayah daratan 144.000 kilometer persegi (55.600 mil persegi).

7. Nauru


Nauru adalah sebuah negara kepulauan di Pasifik Selatan Micronesian hanya meliputi 21 kilometer persegi, membuatnya menjadi negara kepulauan terkecil di dunia,juga negara republik independen terkecil, dan satu-satunya negara republik di dunia tanpa modal resmi. Ada sekitar 13.048 penduduk yang tinggal di pulau kecil ini.

8. Taiwan


Taiwan adalah sebuah pulau di Asia Timur di lepas pantai daratan Cina. Setelah Perang Saudara China pada tahun 1949, Chiang Kai-shek dan sekitar 1,3 juta pengungsi melarikan diri ke daratan Cina membuat Republik Cina (ROC) di Taipei. Status politik Taiwan merupakan topik kontroversial, namun taiwan merupakan sebuah industri ekonomi. Merupakan salah satu wealthiest dan paling padat penduduknya di negara-negara Asia.

9. Barbados


Terletak di timur Laut Karibia, Barbados independen merupakan negara kepulauan di barat Samudra Atlantik.Merupakan negara tujuan wisata utama untuk rombongan wisatawan dari seluruh dunia. Barbados total luas areal lahan yang dimiliki sekitar 430 kilometer persegi, dan dengan salah satu standar hidup tertinggi dan buta aksara di seluruh dunia.Memiliki penduduk relatif tinggi sekitar 279.000.

10. Malta


Malta adalah negara kecil dan padat merupakan negara kepulauan yang terdiri dari tujuh pulau-pulau di Laut Mediterania. Setelah bergabung dengan Uni Eropa pada tahun 2004, negara ini telah dilihat peningkatan investasi dan kekuatan ekonomi. Populasi penduduk Malta,tahun 2005 diperkirakan 404.039 di Malta dan kepadatan penduduk dari 1.282 per kilometer, jauh tertinggi di Uni Eropa dan salah satu yang tertinggi di dunia.

Mungkin akan banyak Yang protes,ko bukan china yang terpadat??sebelum diprotes saya kasih tau dulu,cina memang merupakan negara dengan penduduk terbanyak di dunia dengan lebih dari 1,5 milyar,tetapi cina didukung dengan wilayahnya yang luas,jadi tidak masuk dalam daftar terpadat di dunia.


sumber
Selengkapnya...